| PELAN PEMASARAN, PANDUAN 
          & PROSEDUR UNTUK BERURUSNIAGA 
 PROGRAM BISNES 
          SEDUNIA Dokumen 
          ini menggantikan semua dokumen kami yang bertarikh sebelum 1.7.2004. Terdapat 
          tiga Pelan Kejayaan untuk anda pilih daripada Program Bisnes kami, 
          iaitu, Agen Pengedar, Agen Pemasaran, dan Agen Peniaga. BAGAIMANA 
          ANDA UNTUNG Apa 
          saja pelan yang disertai - Agen Pengedar, Pemasaran atau Peniaga - 
          usaha anda pasti mendatangkan wang dan imbuhan kerana anda mendapat 
          untung dalam banyak cara:  1) Daripada 
            komisen-komisen BESAR jualan peribadi anda untuk SEMUA barangan kami 
            mengikut Kadar dalam Jadual Komisen. 2) Daripada BONUS 
            sebanyak 10% atas jualan atau pembelian yang dibuat oleh mereka yang 
            telah menjadi Agen Pengedar/Pemasaran/Peniaga anda di Peringkat 1, 
            iaitu mereka yang menyertai daripada usaha-usaha anda. 3) Daripada BONUS 
            sebanyak 3% atas jualan atau pembelian yang dibuat oleh mereka yang 
            telah menjadi Agen Pengedar/Pemasaran/Peniaga anda di Peringkat 2, 
            iaitu mereka yang menyertai daripada usaha-usaha Agen-agen anda di 
            Peringkat 1. 4) Daripada 
            bonus-bonus atas jualan yang dibuat oleh semua pelanggan anda dalam 
            risalah yang menyatakan bayaran sedemikian melalui sistem pemasaran 
            berangkai. 5) Daripada 
            bonus-bonus jualan "Successful Achievement Plan A" atau "Plan B" 
            yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan anda. 6) Daripada jualan 
            Program Bisnes Tahunan seperti Agen Peniaga, Agen Pemasaran dan Agen 
            Pengedar. Apabila Agen Peniaga dan Agen Pemasaran meningkatkan 
            keahlian mereka, wang komisen akan dibayar kepada anda secara 
            automatik. 7) Daripada segala 
            pembaharuan keahlian, jadi pendapatan anda akan berterusan, dan 8) Daripada 
            diskaun-diskaun yang diberikan kepada anda untuk pembelian anda. 
            Kami memberikan kepada anda diskaun-diskaun BORONG untuk SEMUA 
            pembelian anda. Kadar diskaun-diskaun adalah sama dengan kadar 
            komisen-komisen! Anda akan jimat beribu-ribu ringgit dalam 
            pembelian-pembelian anda. Wang yang dijimatkan adalah sama dengan 
            wang yang diperolehi. MANFAAT-MANFAAT 
          ISTIMEWA Tiada 
          jualan langsung diperlukan. Tiada skim piramid. Tiada surat berantai. 
          Tidak perlu simpan stok. Tiada jualan perlayakan. Tiada pelaburan 
          modal. Tiada kos-kos tersembunyi. Tiada risiko. Tiada 'paperwork'. 
          Tiada perjumpaaan. Tiada peluang lain di dunia yang sama memuaskan. Sebagai 
          Agen, anda layak mendapat wang komisen daripada jualan-jualan anda 
          untuk SEMUA barangan kami mengikut kadar komisen yang berkaitan dengan 
          keahlian anda seperti yang ditetapkan dalam Jadual Komisen. 
           Anda 
          boleh mula mendapatkan wang komisen pada hari yang sama anda menerima 
          bahan-bahan jualan anda.  Tiada 
          pembelian mana-mana barangan terlebih dahulu yang diperlukan sebelum 
          anda boleh mula mendapatkan wang komisen! SIAPA 
          BOLEH MENYERTAI? Sesiapa sahaja, 
          individu, firma atau syarikat boleh ikut serta 
          dalam semua Program Bisnes kami dan 
          mendapatkan keuntungan yang besar.  Anda 
          boleh lakukan kerja secara sambilan atau sepenuh masa dan mendapat 
          pendapatan yang tinggi setiap bulan. AGEN 
          PENGEDAR (Distributor) Inilah 
          cara yang TERBAIK dan paling bagus untuk membuat wang melalui risalah 
          kami. Sebagai 
          Pengedar, anda akan menerima keuntungan-keuntungan terbesar, 
          komisen-komisen tertinggi, diskaun-diskaun terbesar, dan manfaat 
          maksimum. Program Agen Pengedar adalah untuk mereka yang sangat serius 
          untuk mencapai kejayaan dalam bisnes sendiri. Agen Pengedar 
          adalah pelan bisnes tahunan. 
          Bayaran keahlian hanya RM380.00 setahun. 
          Jika anda mahu menjadi Pengedar 6 bulan, hantarkan RM208.00. Tapi 
          membayar untuk setahun lebih bijak dan menguntungkan. AGEN 
          PEMASARAN (DEALER) Ini 
          adalah cara yang kedua terbaik untuk membuat wang. Agen Pemasaran 
          adalan Pelan Bisnes yang sangat bernilai dan menguntungkan. Bayaran 
          keahlian hanya RM190.00 setahun. Harga Agen Pemasaran untuk 6 bulan: 
          RM113. Sebagai 
          Agen Pemasaran, anda mendapat komisen-komisen besar, penjimatan wang 
          besar, dan keuntungan yang besar. Menjadi Agen Pemasaran merupakan 
          cara yang sangat bagus untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Jika 
          anda mahukan komisen pendapatan yang lebih tinggi, sertailah sebagai 
          Agen Pengedar dengan bayaran tambahan RM190 AGEN 
          PENIAGA (SUB-DEALER) Agen 
          Peniaga adalah Pelan Bisnes yang ketiga terbaik. Harganya hanya RM114 
          setahun. Jika anda mahu menjadi Agen Peniaga kami selama 6 bulan 
          sahaja, hantarkan RM76.  Agen 
          Peniaga menerima komisen mengikut kadar komisen yang ditetapkan dalam 
          JADUAL KOMISEN kami. Kadar komisennya biasanya adalah setengah 
          daripada kadar komisen Agen Pemasaran. Sebagai contoh, jika komisen 
          untuk sebuah barangan adalah 35% bagi Agen Pemasaran, maka Agen 
          Peniaga akan dapat kadar komisen sebanyak 17.5%. Tetapi, jika anda 
          Agen Pengedar, anda akan mendapat 55%! Jika 
          Agen Peniaga mahu mendapatkan kadar komisen yang lebih tinggi bagi 
          mana-mana barangan, dia boleh meningkatkan keahliannya ke peringkat 
          Agen Pemasaran dengan bayar lagi RM76 atau Agen Pengedar (bayar lagi 
          RM266.) Sertailah 
          sebagai Agen Peniaga jika anda mahu memasarkan barangan secara 
          sambilan untuk komisen yang minima sahaja, jika anda kurang yakin dan 
          cuma hendak 'cuba' bisnes ini. AGEN PEMASARAN 
          TERHAD Satu keahlian 
          percuma Agen Pemasaran Terhad boleh didapati apabila anda membeli 
          barangan daripada kami. Keahlian ini adalah 
          TERHAD kepada barangan yang dibeli sahaja. Andaikata, anda membeli 
          sebuah buku X, jadi anda adalah Agen Pemasaran Terhad kami untuk buku 
          itu sahaja. Syarat dan peraturan untuk keahlian yang terhad ini boleh 
          didapati di dalam risalah yang diberi bersama barangan pada masa 
          serahannya. YANG MANA UNTUK 
          MERYERTAI? Hanya 
          satu perbezaan di antara Agen Pengedar, Agen Pemasaran dan Agen 
          Peniaga. Ia adalah kadar komisen yang dibayar untuk segala jualan anda. 
          Agen Pengedar mendapat kadar komisen yang tertinggi; Agen Pemasaran 
          mendapat kadar yang kedua tinggi; Agen Peniaga mendapat komisen yang 
          ketiga tinggi. BARANGAN 
          DAN PERKHIDMATAN Barangan 
          dan perkhidmatan kami yang sangat popular boleh didapati dalam Bahasa 
          Malaysia dan Bahasa Inggeris.  Barangan 
          Program Bisnes yang popular termasuk Program Agen Pengedar, Agen 
          Pemasaran, Agen Peniaga, Agen Hotmail, Agen Perpetual Advertiser, 
          Laman Web Berkembar. Buku-buku 
          terbitan kami dalam Bahasa Malaysia yang sangat popular ialah Pen 
          Kuasa Sakti, Ayat-Ayat Sakti, Rahsia Kuasa Minda Yang Menakjubkan, 101 
          Azimat Sakti Ajaib, Kursus Kuasa Minda, Azam Untuk Berjaya, Ilmu Kaya 
          Sakti, Ilmu Cinta Sakti, Ilmu Tuah Sakti, Ilmu Kejayaan, Ilmu Kekayaan, 
          Ilmu Perlindungan, Ilmu Kuat Semangat, dan banyak lagi. Barangan 
          popular yang lain termasuklah Syiling Bertuah, Ringgit Bertuah, 
          Perkhidmatan Doa Niat Sakti, Tangkal Azimat, Batu Hikmah, Batu 
          Pari-Pari, Model Piramid, Model Kon, Pendulum, Paku Bertuah, Muzik 
          Meditasi, Laporan Khas, Perkhidmatan Metafizika, Astrologi, Akulta, 
          CD, kaset minda, buku-buku elektronik CD, Life Package, e-buku, e-laporan, 
          senarai alamat e-mel, senarai pembeli mel, dan banyak lagi. Barangan 
          Bahasa Inggeris utama kami ialah "Successful Achievement", sebuah 
          program peningkatan dan kemajuan diri antarabangsa yang komprehensif. 
          Program popular ini boleh didapati dalam pelbagai pelan pembayaran 
          tanpa bayaran faedah. Ia amat sesuai untuk semua orang dewasa dan 
          penuntut. Kami 
          mempunyai pelbagai barangan, perkhidmatan dan program urusniaga yang 
          hebat dan disukai ramai. Terdapat lebih 1000 buku, manual, laporan dan 
          kaset dalam semua kategori barangan dan perkhidmatan terbaik dan 
          bernilai yang tidak boleh didapati di mana-mana kedai.  Anda 
          juga akan memasarkan pelbagai perkhidmatan bisnes seperti perkhidmatan 
          tulisan, karya, karangan, mengedit, pembacaan manuskrip, penerbitan, 
          fotostat, menaip, membina laman web, tukang ramal, akulta, nasihat 
          perniagaan, pengiklanan, promosi. SUCCESSFUL 
          ACHIEVEMENT I, II & III Cara TERBAIK untuk 
          berjaya dalam kehidu-pan ialah dengan menjadi individu sebenar. Anda 
          pasti berjaya setelah menyertai "Successful Achievement," satu program 
          peningkatan diri untuk kejayaan peribadi yang bagus. Program kejayaan ini 
          akan membimbing anda kepada semua yang terbaik. Ia akan menunjukkan 
          cara-cara untuk menggunakan diri anda dengan sepenuhnya supaya 
          sentiasa dapat menghasilkan perkara terbaik. Ini merupakan pelaburan 
          terbaik untuk diri sendiri. Terdapat 
          tiga versi Program "Successful Acvievement." Ketiga-tiganya ternyata 
          berbeza dan berlainan jenis tetapi sungguh lengkap dan padat. Anda 
          bolehlah menyertai salah satu daripadanya atau kesemua.  "Successful 
          Achievement I" adalah program yang mengandungi set 216 buku dalam 
          Inggeris yang mengajar tentang kejayaan dan pencapaian daripada sudut 
          Akulta, Metafizik dan Kebatinan. "Successful 
          Achievement II" adalah satu program 100 buku dalam Bahasa Inggeris 
          yang mengajar tentang kejayaan dan pencapaian daripada sudut 
          konvensyen ortodoks. "Successful 
          Achievement III" adalah satu set 220 buku dalam Bahasa Malaysia 
          yang mengajar tentang kemajuan dan pencapaian daripada sudut inspirasi 
          yang benar. Kursus ini bernama "Kursus Kejayaan Mega." KURSUS 
          KEJAYAAN MEGA Kursus 
          ini adalah program peningkatan dan kemajuan diri dalam kehidupan yang 
          terutama dalam Bahasa Malaysia. Ia mengandungi 220 buku mengenai 
          kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan. Terdapat pengajaran, panduan dan 
          arahan yang jelas, kebanyakannya disimpan sebagai rahsia daripada 
          orang umum pada sebelumnya. Anda juga menerima nasihat dan rundingan 
          percuma melalui surat, e-mel atau fon. Buku-buku 
          dalam Kursus ini dipromosikan oleh program Pelan 22A. Harga bulanan 
          RM45. KURSUS 
          KUASA MINDA Kursus 
          ini mengandungi 18 buku Bahasa Malaysia yang berharga RM45 setiap 
          naskhah.  Setiap 
          pembelian buku melayakkan anda mendapat sebulan PERCUMA Perkhidmatan 
          Doa Niat Sakti yang diuruskan oleh Pusat Ilmu Batin dan Metafizika 
          Mohammad Putra, ahli akulta yang berpengalaman. Harga biasa 
          Perkhidmatan Doa Sakti RM45 sebulan tetapi diberi dengan PERCUMA 
          apabila anda membeli buku-buku dalam siri Kursus Kuasa Minda. PELAN 
          YANG SESUAI MEMBELI 
          atau MENJUAL... Walau apa pun, anda akan belajar dan mendapat untung. 
          Kami tidak memaksa anda untuk melakukan apa jua jualan. Jika anda 
          hanya mahu menerima ilmu, panduan dan bimbingan dalam kursus, buku, 
          barangan atau perkhidmatan sahaja, ini tidak menjadi masalah kepada 
          kami. Tetapi, jika anda mahu mendapatkan pengalaman dan wang sambilan, 
          gunakanlah peluang pendapatan percuma dan perkenalkanlah barangan kami 
          kepada orang lain di seluruh dunia. NOMBOR 
          AKAUN ANDA Nombor 
          Akaun khas anda adalah mengikut sistem komputer bisnes yang selamat 
          dan tepat. Ini memastikan bahawa anda menerima semua pendapatan yang 
          wajib dibayar setiap bulan. Tuliskan 
          Nombor Akaun anda pada ruang yang disediakan dalam semua risalah. Ini 
          akan menjamin bahawa setiap jualan daripada risalah-risalah yang anda 
          edarkan akan mendatangkan wang komisen kepada anda. Ini membolehkan 
          kami mengawas semua jenis jualan, mengira pendapatan dan mengirimkan 
          wang komisen seterusnya kepada anda pada akhir bulan, sekiranya ada 
          bayaran yang patut dibayar. BAGAIMANA 
          MENJUAL BARANGAN? Terdapat 
          banyak cara untuk membuat wang. Anda boleh mempromosikan melalui 
          risalah, katalog, jualan pos, pengiklanan, e-mel, laman web. Ia sangat 
          berkesan - BULAN DEMI BULAN! Iklankan, 
          promosikan dan juallah di Internet, melalui Emel dan Laman Web 
          Berkembar anda sendiri. Seluruh dunia ini adalah pasaran anda! Gunakan 
          emel, lelong, enjin cari, iklan dan laman web anda untuk menjual 
          kepada sedunia.  LAMAN 
          WEB BERKEMBAR Kami 
          boleh membina sebuah laman web untuk anda, iaitu satu duplikasi Laman 
          Web BISNES kami yang sangat besar dengan harga yang paling murah, 
          tidak boleh didapati daripada syarikat lain di dunia. Anda akan 
          menjual beribu-ribu produk kepada berjuta-juta orang. Ini adalah 
          Bisnes Antarabangsa Segera dan Pelan Bisnes Berkomisen yang TERBAIK! 
          Sila hubungi kami. BAGAIMANA 
          UNTUK MEMPROMOSI? Anda 
          boleh mengedarkan risalah-risalah kami dengan - (1) Cara Peribadi (guna 
          nama dan alamat kami) atau, (2) Cara Drop Ship (guna nama dan alamat 
          diri anda.) Sila lihat di bawah. CARA PERIBADI 
          (Privacy Method) Jika 
          anda mahu bekerja secara persendirian dan peribadi, dan tidak mahu 
          sesiapapun mengetahui tentang hal-hal anda, pilihlah cara ini. Jika 
          anda masih tidak pasti samada untuk menggunakan cara jualan 
          "DROP-SHIP,.. jika anda sedang berurusniaga secara sambilan, atau jika 
          anda tidak mempunyai perniagaan berdaftar, ... kami menasihatkan anda 
          edarkan risalah-risalah kami dengan Nombor Akaun anda sahaja. Caranya 
          begini. Anda tuliskan Nombor Akaun (Nombor Rujukan) anda pada 
          risalah-risalah dan edarkannya kepada kawan-kawan dan orang yang 
          menjawab iklan-iklan anda di akhbar, majalah dan halaman internet. 
          Setiap jualan yang datang daripada risalah-risalah anda (yang 
          mempunyai Nombor Akaun anda) akan mendatangkan anda komisen jualan 
          yang akan dibayar kepada anda setiap bulan. Dalam 
          cara ini anda mengedarkan risalah-risalah kami dalam bentuk asalnya 
          tanpa sebarang perubahan, kecuali kemasukan 'Nombor Akaun' anda. 
          Oleh itu, tiada siapa akan tahu siapa anda, di mana anda tinggal 
          kecuali anda sendiri yang memberitahu mereka. Mengedarkan 
          risalah dengan hanya Nombor Akaun anda padanya adalah cara yang 
          terbaik dan selamat untuk menjaga kehidupan peribadi anda. Sistem yang 
          selamat ini akan memastikan bahawa anda menerima semua wang yang patut 
          dibayar kepada anda setiap bulan. MENJUAL 
          CARA "DROP-SHIP" Inilah 
          cara terbaik untuk digunakan jika anda mempunyai perniagaan sendiri 
          atau mahu maju ke depan dengan serius dalam urusniaga anda. 
           Dalam 
          cara ini, anda mengedarkan risalah-risalah kami yang dicetak khas 
          dengan nama dan alamat anda dalam ruangan "Hantarkan kepada:" Ini 
          dipanggil penjualan secara "DROP-SHIP." Caranya 
          begini. Anda edarkan risalah-risalah kami dengan menggunakan nama dan 
          alamat anda sendiri. Semua pesanan akan datang kepada anda dahulu. 
          Apabila anda menerima pesanan, anda tolak wang komisen jualan anda 
          mengikut 'Kadar Pengedar' dalam JADUAL KOMISEN jika anda seorang 
          Pengedar. Jika anda ialah Agen Pemasaran, potongkan komisen mengikut 'Kadar 
          Agen Pemasaran.' Selepas 
          menolak atau memotong komisen anda, hantarkan baki wang kepada kami 
          untuk memproses pesanan seterusnya. Sila sertakan baki dan jumlah 
          penuh untuk kos bayaran pos dan penyerahan seperti yang dinyatakan 
          dalam setiap Borang Pesanan. Kalau tidak, kami tidak dapat memproses 
          pesanan.  Bayaran 
          kos hantaran minima untuk sebuah buku ialah RM2 (Pos Biasa) atau RM4 (Ekspres.) Kami 
          akan menghantarkan pesanan terus kepada anda atau pelanggan jika 
          diarahkan. Jika 
          anda tidak menolak komisen anda dengan sendiri, kami akan 
          mengkreditkannya ke dalam akaun anda dengan kami. Pada hujung bulan 
          kami akan membayarkannya kepada anda.  Selepas 
          jualan pertama, pelanggan anda boleh memesan daripada anda atau terus 
          daripada kami. Ini tidak akan merugikan anda kerana semua pesanan 
          seterusnya daripada pelanggan anda dikira sebagai jualan anda dan akan 
          mendatangkan anda komisen. Kami tahu siapa pelanggan-pelanggan anda 
          kerana nama-nama mereka dihubungkan kepada Nombor Akaun anda dalam 
          sistem komputer kami. Jika 
          anda berniaga secara sambilan sahaja, kemungkinan anda tidak perlu 
          mendaftarkannya. Untuk keuntungan besar, keselamatan dan kehidupan 
          peribadi anda, kami menasihat anda menyewa 'Peti Surat' dari pihak 
          Pejabat Pos. Harganya RM50 setahun! Sungguh murah, mudah dan berkesan! 
          Kalau 'Peti Surat' sudah tiada, sewanya di pejabat pos bandar terdekat 
          atau sewalah Peti Surat jenis lain seperti 'Karung Beg Berkunci' atau 
          'Tiket Serahan Tingkap.' Ianya tidak bijak menggunakan alamat rumah 
          untuk menjalankan bisnes walaupun secara sambilan. Anda 
          mungkin harus mengikuti undang-undang dalam menjalankan urusniaga anda 
          jika anda menggunakan nama dan alamat ANDA pada risalah-risalah kami. 
          Semua negeri mempunyai undang-undang yang berlainan. Dapatkanlah 
          maklumat-maklumat mengenai undang-undang tersebut dalam negeri anda.  MENCETAK 
          SEMULA RISALAH Apabila 
          mencetak semula risalah kami, anda mesti mencetaknya semula 
          BETUL-BETUL dalam bentuk asalnya dengan kemasukan Nombor Akaun ATAU 
          nama dan alamat anda dalam ruangan 
          "Hantarkan kepada:-".  Mengubah 
          sesuatu dalam segala risalah, buku atau terbitan kami adalah satu 
          kesalahan jika kebenaran bertulis tidak diperolehi terlebih dahulu 
          daripada pihak kami. Bahan-bahan tersebut adalah dilindungi di bawah 
          undang-undang hak cipta terpelihara yang sah.  Apabila 
          anda mencetak semula risalah kami, semua salinannya mesti dalam saiz 
          penuh, bersih dan kemas, tanpa sebarang perubahan. DILARANG 
          MENCETAK ROMPAK Semua 
          bahagian dalam buku, dokumen, risalah dan bahan-bahan bercetak adalah 
          hak cipta terpelihara Everbearing dan tidak boleh diterbitkan semula, 
          disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, 
          dalam sebarang bentuk atau cara tanpa izin terlebih dahulu daripada 
          Everbearing. Sebarang unsur cetak rompak akan didakwa mengikut 
          undang-undang tanpa notis. FOTOSTAT Untuk 
          memesan risalah-risalah kami dalam kuantiti 10, 100 atau 1000 keping, 
          sila rujuk kepada harga-harga dalam "SENARAI HARGA untuk FOTOSTAT dan 
          PERCETAKAN." Harga fotostat satu mukasurat adalah seperti di bawah: 
          1 - 99 mukasurat = 6 
          sen + 20% bayaran pos.  100-999 mukasurat = 
          5 sen + 20% bayaran pos.  1000 mukasurat = 4 
          sen + 20% bayaran pos.  Belilah 
          risalah-risalah yang terang dan jelas dan terkini daripada kami dengan 
          harga murah. Salinan-salinan 
          Laser yang lebih jelas dan tajam untuk semua risalah boleh didapati 
          dengan harga RM2 sekeping (saiz A4: 8.25" x 11.69") BAGAIMANA 
          UNTUK MENGEDAR Semua 
          orang adalah kemungkinan untuk menjadi pelanggan anda bagi 
          program-program serta barangan dan perkhidmatan kami. Jadi, edar dan 
          poskan risalah-risalah kepada mereka sebelum orang lain membuat jualan. Untuk 
          membuat wang melalui risalah-risalah kami - (1) fotostat 1000 salinan 
          risalah yang popular; Lebih banyak risalah yang anda pos, lebih banyak 
          wang yang anda akan dapat; (2) Kemudian, edarkan risalah itu kepada 
          mereka yang berminat sahaja; (3) Kami membayar wang komisen ke atas 
          semua jualan anda. Jika 
          anda pos kurang daripada 1000 risalah, jualan anda mungkin kurang dan 
          pendapatan sedikit saja. Poskan 1000 risalah setiap bulan untuk 
          mendapatkan kejayaan yang memuaskan. Cara yang berkesan 
          untuk mendapat nama orang yang berminat ialah melalui pengiklanan di 
          akhbar, majalah, e-mel, laman web internet. Untuk 
          menjual buku-buku Bahasa Malaysia kami, sila iklankan di majalah 
          Melayu seperti Mingguan Perdana, Mingguan Misteri, Bacaria, Media 
          Terkini, Buletin Utama, Harian Metro, dan banyak lagi akhbar dan 
          majalah Melayu.  Mereka 
          yang pernah mengiklan di Mingguan Perdana telah melaporkan menerima 
          200 surat daripada setiap iklan kecil. Maka lima iklan dalam lima 
          siaran majalah itu akan mendapat 1000 pelanggan yang mungkin. Jika 
          hanya 20% orang itu memesan dan komisen sebuah buku ialah RM27.50, 
          anda mendapat RM2,750 sebulan untuk satu buku itu. Kebanyakan buku 
          kami yang popular berharga RM55 senaskhah; Komisen setiap buku ialah 
          RM27.50 untuk anda! Lain-lain cara tidak 
          begitu berkesan seperti pengiklanan di majalah dan akhbar yang sesuai. Lain cara 
          mengedarkan risalah ialah dengan: (1) membahagikan 
            risalah kepada ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan kenalan; (2) agihkan kepada 
            pelajar-pelajar di sekolah; (3) letakkan 
            risalah ke dalam peti-peti surat di rumah pangsa, kedai dan bangunan 
            pejabat; (4) berikan 
            risalah kepada orang ramai di tepi jalan, kedai buku, pejabat, 
            kilang-kilang; (5) program 
            mengepos mengikut senarai nama; (6) iklan dan 
            promosi melalui halaman internet;  (7) hantaran e-mel 
            kepada senarai nama; (8) 'servis 
            mengepos katalog' oleh Pejabat Pos; (9) program pos 
            berkongsian & pos penyelitan; (10) servis 'Print 
            & Mail' di negara asing. PEMBAHARUAN 
          DAN PENAMATAN Bayaran 
          untuk semua keahlian, Pelan atau Program mesti diterima oleh pihak 
          kami sebelum hujung bulan atau tarikh tamat. Anda mesti membuat 
          bayaran sebelum tarikh tamat untuk menerima semua manfaat, 
          pembelajaran, komisen, bonus dan keuntungan dalam keahlian, pelan atau 
          program itu. Jika bayaran terlampau tempoh, keahlian, kedudukan dan 
          penyertaan anda akan tamat dan semua keuntungan digantung sehinggalah 
          bayaran diterima kami. Kami 
          akan membaharui keahlian anda secara automatik jika anda seorang ahli 
          yang aktif dengan beberapa jualan. Wang untuk pembayarannya akan 
          ditolak atau didebit daripada akaun anda dengan kami. Anda akan 
          menerima satu Invois daripada kami apabila keahlian anda telah 
          dibaharui.  Setelah 
          kami memperbaharui keahlian anda secara automatik, anda diberi satu 
          bulan untuk membayarkannya. Jika anda tidak membayar dalam masa yang 
          ditetapkan, anda akan kehilangan keahlian Agen anda tanpa notis dan 
          anda akan kehilangan peluang pendapatan. Untuk mengelakkan hal ini, 
          sila hantarkan bayaran sebelum tarikh akhirnya. Jika 
          keahlian anda ditamatkan, semua keuntungan, liabiliti dan kedudukan 
          atau pangkat di semua peringkat dalam semua program akan tamat kecuali 
          bayaran-bayaran tunggakan. Anda 
          boleh menyertai Program Bisnes walaupun selepas keahlian telah tamat. 
          Kirimkan bayaran keahlian dan anda menjadi ahli semula. KOMISEN 
          DAN BONUS Kadar-kadar 
          komisen dibayar seperti yang dinyatakan dalam JADUAL KOMISEN untuk 
          Agen Pengedar, Pemasaran dan Peniaga. Komisen-komisen dibayar hanya 
          kepada ahli-ahli yang sah dalam Program Bisnes mengikut peraturan dan 
          syarat-syarat perjanjian semasa. Semua 
          pendapatan dikira daripada jualan-jualan peribadi, termasuklah pesanan 
          kedua dan seterusnya daripada pelanggan. Tiada jualan bermakna tiada 
          pendapatan. Tiada kuota jualan.  Kami 
          membayar komisen-komisen setiap bulan (jika anda tidak menolak komisen 
          anda di bawah jualan secara "Drop-ship") apabila jumlah sampai RM25. 
          Sebarang jumlah wang yang kurang daripada minima ini akan dipindakan 
          kepada akaun bulan depan sehingga minima itu dicapai untuk mengelakkan 
          kos-kos urusan bank. Sila 
          rujuk dan ikuti versi yang terkini dalam semua urusniaga anda dengan 
          kami. Versi yang terbaru boleh didapati di halaman web berikut: /general_commissions_schedule.htm Kadar 
          Komisen adalah sama dengan Kadar Diskaun. Wang yang diperolehi melalui 
          jualan anda dipanggil "komisen." Wang yang dijimatkan kerana membeli 
          barangan dipanggil "diskaun." Anda mendapat komisen apabila anda ada 
          jualan barangan. Jika anda membeli barangan, anda mendapat diskaun. 
          Kadar-kadar komisen dan diskaun adalah sama. Hanya nama tak sama. HARGA 
          TETAP Harga 
          barangan adalah tetap. Kawalan harga adalah untuk melindungi semua 
          pelanggan dan ahli Agen. Anda tidak dibenarkan menjual sebarang 
          barangan dengan harga yang berbeza atau lebih daripada harga yang 
          ditetapkan.  PENYATA 
          AKAUN Pada 
          hujung bulan, pendapatan anda dikira dan dibayar melalui cek syarikat 
          seminggu selepas tarikh akhir 30-Hari Jaminan Pulangan Wang. Penyata 
          akaun akan diberi apabila pendapatan patut dibayar. Bayaran memproses 
          10% atau RM5 akan dikenakan untuk setiap Penyata Akaun (Statement), 
          samada anda membuat permintaan ke atasnya atau tidak.  PESANAN 
          DAN PENGHANTARAN 1. Untuk 
            penghantaran cepat, kirimkan pesanan dan Wang Pos anda dengan Pos 
            Ekspres. 2. Sila buat semua 
            bayaran di atas nama EVERB untuk memastikan penghantaran 
            cepat, pembayaran selamat. 3. Kebanyakan 
            pesanan dihantar dalam masa 1-3 hari melalui Pos Ekspres, Poslaju, 
            Kurier atau Pos Biasa jika anda membayar dengan Wang Pos atau Wang 
            Kiriman. 4. Pesanlah dalam 
            keyakinan. Jika anda terlebih bayar, kami memberi anda 'Memo Kredit'. 
            Jika anda membayar tidak cukup, kami memberikan 'Memo Debit' dan 
            penghantaran ditangguhkan atau pesanan anda diubah supaya teratur 
            dengan bayaran. Kebanyakan 
          penghantaran adalah melalui sistem pos. Barangan dan perkhidmatan yang 
          berlainan mempunyai masa penghantaran yang berbeza. Masa penghantaran 
          juga bergantung kepada alamat dan cara pembayaran anda. Sila tunggu 
          sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum bertanya tentang pesanan anda. 
          Anda akan dimaklumkan jika terdapat sebarang kelewatan.  ETIKA, 
          PERATURAN DAN SYARAT Agen 
          Pengedar, Agen Pemasaran dan Agen Peniaga adalah penjual bebas yang 
          tidak eksklusif dalam menjalankan bisnes sendiri. Mereka bukan pekerja, 
          pegawai atau agen sebenar syarikat Everbearing. Mereka adalah 
          bertanggung jawab atas segala tindakan, aktiviti, cukai, liabiliti, 
          hutang, dan kos dalam bisnes diri sendiri dan mesti ikuti segala etika 
          perniagaan, arahah, syarat dan peraturan syarikat. Sebarang 
          kegagalan untuk mematuhi syarat, arahan atau peraturan dalam dokumen 
          ini atau yang lain merupakan pelanggaran peraturan dan keahlian dan 
          penyertaan anda boleh ditamatkan dan semua manfaat digantung 
          sehinggalah pelanggaran atau kesalahan itu dibetulkan. Kami 
          berhak membatalkan, mengubah, meminda, menambah atau membuat 
          pertukaran kepada pelan pemasaran, semua harga, arahan, peraturan, 
          syarat dan segala yang berkaitan dengan program bisnes, jualan atau 
          urusniaga dari masa ke semasa tanpa notis atau sebarang sebab sesuai 
          mengikut pertimbangan kami. DISKAUN-DISKAUN 
          PEMBELIAN Kami 
          memberi anda diskaun yang BESAR untuk pembelian anda. Cara untuk 
          mengira diskaun apabila anda membeli ialah: Harga Runcit + 20% Bayaran 
          Pos - Diskaun Anda = Jumlah yang perlu dihantar. Sila rujuk kepada 
          KADAR KOMISEN untuk mendapat kadar komisen yang betul sebelum membuat 
          pesanan. Jika anda tidak pasti, hantarlah harga penuh dan kami akan 
          memotong diskaun dan bayar balik wang kepada anda jika ada lebihan. Harga 
          jualan untuk semua barangan adalah harga runcit. Kebanyakan buku, 
          barangan dan perkhidmatan berharga kurang daripada harga persaingan 
          syarikat-syarikat lain. Kami mengikut kadar pertukaran matawang yang 
          TERENDAH.  Selepas 
          memotong komisen anda di bawah Kadar Agen Pengedar, harganya akan 
          menjadi Harga Borong TERENDAH, lebih rendah daripada segala tawaran 
          syarikat jualan secara pos yang lain di dunia. Pesanlah 
          Hari Ini dan Berjaya!   
              IMPORTANT!   Please email, telephone or SMS 
              a message to (Malaysia) 017-5231484 / WHATSAPP +60178705831 //or (Malaysia) +6017-5231484 / WHATSAPP +60178705831 // before you send in any orders.    All orders, 
              prices, delivery, terms and conditions should receive our 
              confirmation message by telephone or S.M.S. (telephone text messaging 
              service) or e-mail before you can mail 
              your order to us.    Please do not send 
              your order until you have received our (phone, S.M.S. or e-mail) 
              confirmation or agreement to the terms and conditions of your 
              intended purchase.    This is because 
              prices, delivery, terms and conditions of products and services 
              may change from time to time.   Any failure to 
              comply with the terms and conditions may delay your order or 
              result in cancellation.      
              REMINDER!   
            
              All payments in Malaysia (Postal Order / Money Order / Bank Draft / Cheque / Check / Others) should be made payable to:- EVERB and crossed "A/c Payee Only."
              All Singapore/Brunei and foreign Postal Orders/Money Order should be made payable to EVERB Don't cross them otherwise your order will be delayed and prohibitive bank charges (US$20.00) will apply!
              Don't send any 
              blank Postal Orders or any form of payment! Never send blank 
              cheques/checks or blank Postal Orders!
              Don't send any 
              cash money or CASH payment by mail! It is very dangerous and many 
              people have lost cash money sent through the post. Follow No. 1 
              above.
              All Malaysian 
              Postal Orders/Money Orders/Wang Pos/Kiriman Wang must be made 
              payable to EVERB and crossed "A/c Payee Only." 
              This is to ensure that your payment is safe and no one except 
              EVERB can receive your payment.
              Send your orders 
              by Pos Ekspres, Poslaju, Registered Mail, Express Mail, or 
              Courier. Don't send orders by normal mail or ordinary mail because 
              it is slow, unreliable, easily lost and cannot be tracked or 
              traced.
              Always include your telephone number and our number ((Malaysia) 017-5231484 / WHATSAPP +60178705831 // WHATSAPP +60178705831) on your mailing envelope so that the Post Office/Courier Company can contact you/us in case of anything. 
            
 
            
          Untuk memesan melalui pos, sila 
          klik di bawah:   
          
            
          
          BORANG PESANAN POS 
           
            
          Lain-lain buku Bahasa Melayu, Program Bisnes, barangan dan perkhidmatan boleh didapati di halaman-halaman di bawah.   
          Semua Produk, barangan dan Perkhidmatan Doa, Niat, Sakti, Tangkal, Azimat dibuat dengan kegunaan Kuasa Minda Mistik, Gerak Hati yang baik, Bayangan Positif sahaja.   
          Tidak melibatkan unsur-unsur jin, hantu, benda halus.   
          Tidak berkenaan dengan apa jua kepercayaan atau amalan tahyul.   
          Perkhidmatan sedunia sejak 1981.   
          Sesuai untuk semua kaum, semua agama.   
          Semua barangan khas (seperti cincin, loket, rantai, azimat, ilmu, doa, duit, uncang, ramalan, pakej) dibuat, didoakan KHAS untuk ANDA oleh Tok Guru Mohammad Putra.   
          Anda akan menerima arahan lengkap dan cara penggunaan.   
          Semua barang asli dan lengkap. Tiada dua produk yang sama. Tiada bandingannya di dunia.   
          Tok (yang banyak membantu pelanggan berjaya, menyelesaikan masalah, menikam nombor dan sering kali menang dalam perjudian, peraduan dan pertandingan) sedia berkongsi semua ilmu dan barang saktinya yang dipercayai berkesan.   
          Tok berjanji menggunakan semua kebolehannya dan melakukan apa yang terdaya dalam penyediaan barang KHAS untuk Anda dengan niat bagus, kaedah yang boleh dipercayai, halal, tidak menyalahi hukum Islam, dan gerak hati yang positif.   
          Semuanya bertujuan hanya untuk menolong anda.     
 
   
            "Saya tidak faham mengapa mereka mengkagumi 
            taman kebun yang menyerupai seekor ular. Kecantikannya tidak 
            bergantung kepada bunga dan tumbuh-tumbuhan. Ataupun rama-rama yang 
            terbang di sana-sini."
   - Mohammad Putra   
     
   
          Copyright © 2002 - 2013 by EVERB (WHATSAPP +60178705831)     Impeccable worldwide service
           
          
          Contact    
          
          Main Parapsikologi    
          Click Here To Join   |